Wednesday, June 10, 2015

Brussels, Belgium : The Land of Yummy Waffles and Chocolate

Bus kami dari Paris menuju ke Brussels sekitar jam 10 malam..setibanya di bas, kitorang boleh pulak kena tahan sebab bawak makanan panas dalam bus..aduhai pakcik...bukanya kami akan makan dalam bus pon...pastu boleh pulak pakcik tu cakap suruh habiskan makanan tu dalam masa lima minit..gila ke apa? aku lak jenis makan satu jam punya kunyah...pastu aku dengan membe ni cari jalan lain untuk bagi dinner kami ni tak dibuang begitu sahaja...time tu aku fikir masuk je dalam pocket jacket tu since sizenya tak lah besar mana macam chicken wrap tu..alhamdulillah tak kantoi plannya...time tu rasa beza dengan Malaysia yang memang tak kisah kalau kau nak bawak makanan sebesar buat kenduri ke apa tak de hal...nampak lah perbezaan kat situ...

Dalam bus lak..kebetulan boleh pulak terjumpa geng hijabista medic india ni lagi...pergh jodoh sungguh lah kami,,dalam bus memang ada lah gak dalam 3 ke 4 jam aku berbual dengan si anom ni..sampai lah tertidur dan sampai ke destinasi kami di Brussels..

Sampai bandar Brussels sekali lagi dalam pukul 6 pagi..bandar gelap dan kami agak mati akal tak tahu ke mana...jumpa hotel hilton berdekatan..ingat boleh lah nak lepak jap kat lobby tu kan..sekali kunci lah pulak..damnnn!!! diorang tau kot kami ni backpackers so memang tak lah nak  bagi masuk...pastu seberang hotel nampak Brussels Central..tempat ala KL Sentral..makanya kami bergerak ke sana...nak dijadikan cerita parah..boleh pulak aku jatuh tersungkur kat tangga hahah..adeiii dramatis pulak daahhh kan...

Makanya dalam sejam setengah gak lah stranded kat area central tu sementara tunggu segala toilet dan stesen bukak..I think because brussels ni agak kecil so tak berapa ramai tourist akan kesini..so dekat central ni aku rasa kita je travelllers tersadai kat situ..nasib gak tak kena halau kan...

inilah dia tempat yang kami sempat tersadai sebelum matahari terbit




Dan bila dah siang, kami bergerak cari breakfast dulu yang penting...kalau dah belgium terkenal dengan waffles sedap dia..so memang kena try lah jawabnya...

ha tak nak meleleh air liuq cheq tengok makanan ni kan..sedap bak hang!!

dan ini adalah saya ber ber'acah-acah seperti orang kaya having tea...

Setel breakfast, kami jalan kaki ke salah satu main attraction kat bandar ni..iaitu the Grand Palace...kami pergi pagi so memang tak ada orang time tu dan juga bila aku dah tengok balik some other travellers pic, bangunan ni lagi cantik kalau pergi time malam...

yup di belakang saya itulah The Grand Palace




Kemudian kami kembali ke Brussels Central untuk membeli tiket ke satu lagi main attractions iaitu Atomium...yang ala2 bola besi macam superman sikit lah kan..kat belgium ni masalah komunikasi susah sikit sebab ramai yang tak berapa nak faham english compared to Paris...so dengan bermodalkan bahasa tubuh yang pakai hentam je maka orang kaunter dapatlah faham apa yang kami nak sampai kan...dapat lah tiket ke atomium

Masa sampai dekat sana..tiba-tiba kami kena approached by a group of early 20's girls yang ajak untuk sign up partition untuk charity bagai ni..mula-mula diorang cakap lah yang kita ni cantik comel molek bagai..pastu lepas aku dah sign borang tu boleh pulak dia mintak duit sikit...time ni dah rasa lain macam...teringat kisah kat melaka, approach yang sama diorang guna untuk tarik orang nak cari duit...ingat lagi sorang amoi paksa2 aku bagi atleast RM5..like seriusly mintak kat aku ni yang cepat suspicious dan kedekut ni lu salah orang lah amoi..aku time tu jalan laju je buat muka ketat...begitu juga dengan dak2 mat salleh ni..tak cukup dengan tu...siap mintak nak tengok ID lagi sebab nak sahkan nama aku betul ke tidak macam dalam form tu...time tu dah 'RED FLAG' dah bagi aku..sebab cuba fikir, ko nak keluarkan ID ko..then ID ko mesti dalam wallet/purse kan..by the time ko dah keluarkan wallet tu, tak ke dia boleh kebas time tu je..licik tak licik lah kan matsalleh ni...aku cepat2 tarik member yang dah terbagi 0.50 euro tu then cakap "ko jgn caya diorang ni..scam doh" aku dari awal lagi rasa lain macam sebab tengok dari form diorang yg fotostat macam kertas bungkus nasi lemak je dah lain macam aku rasa,..


Atomium aku datang!!!






Since kami buat day trip je so kami kena cepat2 habiskan masa secukupnya kat sini..tapi perut pon kena layankan gak kan..nak dapat all that energy...gua sayang lemak lah...so kena topup all that missing carbs...so kami pon jalan balik ke bandar brussels tu,..selain dari sempat beli coklat, kami sempat makan kat satu restoran yang boleh tahan gak lah sedapnya...


benda yang aku paling look forward is the free samples!!! kenyang makan tu je tapi beli sikit je...yang bagusnya orang kedai ni siap asingkan yang mana ada alcohol yang mana yang tak ada...

jalan2 cari tempat makan...kawasan sekitar aku jalan ni memang gila khinzir lah harga dia..escpecially macaroons dia..hanya mampu tengok je...

this girl is happy to get rice here!! kedai ni dekat area2 lorong yang ternyorok sikit..situ banyak makanan murah

ni namanya mussels fried rice atau nama melayunya nasi goreng lala...nasi dekat brussels ni lain sikit dengan london..kalau dekat london dia punya nasi rasa sama je dengan Malaysia tapi kat situ nasi dia macam panjang and chubby..kenyang!!

Done with Brussels..next trip...Amsterdam!!!

No comments: