Wednesday, June 10, 2015

Brussels, Belgium : The Land of Yummy Waffles and Chocolate

Bus kami dari Paris menuju ke Brussels sekitar jam 10 malam..setibanya di bas, kitorang boleh pulak kena tahan sebab bawak makanan panas dalam bus..aduhai pakcik...bukanya kami akan makan dalam bus pon...pastu boleh pulak pakcik tu cakap suruh habiskan makanan tu dalam masa lima minit..gila ke apa? aku lak jenis makan satu jam punya kunyah...pastu aku dengan membe ni cari jalan lain untuk bagi dinner kami ni tak dibuang begitu sahaja...time tu aku fikir masuk je dalam pocket jacket tu since sizenya tak lah besar mana macam chicken wrap tu..alhamdulillah tak kantoi plannya...time tu rasa beza dengan Malaysia yang memang tak kisah kalau kau nak bawak makanan sebesar buat kenduri ke apa tak de hal...nampak lah perbezaan kat situ...

Dalam bus lak..kebetulan boleh pulak terjumpa geng hijabista medic india ni lagi...pergh jodoh sungguh lah kami,,dalam bus memang ada lah gak dalam 3 ke 4 jam aku berbual dengan si anom ni..sampai lah tertidur dan sampai ke destinasi kami di Brussels..

Sampai bandar Brussels sekali lagi dalam pukul 6 pagi..bandar gelap dan kami agak mati akal tak tahu ke mana...jumpa hotel hilton berdekatan..ingat boleh lah nak lepak jap kat lobby tu kan..sekali kunci lah pulak..damnnn!!! diorang tau kot kami ni backpackers so memang tak lah nak  bagi masuk...pastu seberang hotel nampak Brussels Central..tempat ala KL Sentral..makanya kami bergerak ke sana...nak dijadikan cerita parah..boleh pulak aku jatuh tersungkur kat tangga hahah..adeiii dramatis pulak daahhh kan...

Makanya dalam sejam setengah gak lah stranded kat area central tu sementara tunggu segala toilet dan stesen bukak..I think because brussels ni agak kecil so tak berapa ramai tourist akan kesini..so dekat central ni aku rasa kita je travelllers tersadai kat situ..nasib gak tak kena halau kan...

inilah dia tempat yang kami sempat tersadai sebelum matahari terbit




Dan bila dah siang, kami bergerak cari breakfast dulu yang penting...kalau dah belgium terkenal dengan waffles sedap dia..so memang kena try lah jawabnya...

ha tak nak meleleh air liuq cheq tengok makanan ni kan..sedap bak hang!!

dan ini adalah saya ber ber'acah-acah seperti orang kaya having tea...

Setel breakfast, kami jalan kaki ke salah satu main attraction kat bandar ni..iaitu the Grand Palace...kami pergi pagi so memang tak ada orang time tu dan juga bila aku dah tengok balik some other travellers pic, bangunan ni lagi cantik kalau pergi time malam...

yup di belakang saya itulah The Grand Palace




Kemudian kami kembali ke Brussels Central untuk membeli tiket ke satu lagi main attractions iaitu Atomium...yang ala2 bola besi macam superman sikit lah kan..kat belgium ni masalah komunikasi susah sikit sebab ramai yang tak berapa nak faham english compared to Paris...so dengan bermodalkan bahasa tubuh yang pakai hentam je maka orang kaunter dapatlah faham apa yang kami nak sampai kan...dapat lah tiket ke atomium

Masa sampai dekat sana..tiba-tiba kami kena approached by a group of early 20's girls yang ajak untuk sign up partition untuk charity bagai ni..mula-mula diorang cakap lah yang kita ni cantik comel molek bagai..pastu lepas aku dah sign borang tu boleh pulak dia mintak duit sikit...time ni dah rasa lain macam...teringat kisah kat melaka, approach yang sama diorang guna untuk tarik orang nak cari duit...ingat lagi sorang amoi paksa2 aku bagi atleast RM5..like seriusly mintak kat aku ni yang cepat suspicious dan kedekut ni lu salah orang lah amoi..aku time tu jalan laju je buat muka ketat...begitu juga dengan dak2 mat salleh ni..tak cukup dengan tu...siap mintak nak tengok ID lagi sebab nak sahkan nama aku betul ke tidak macam dalam form tu...time tu dah 'RED FLAG' dah bagi aku..sebab cuba fikir, ko nak keluarkan ID ko..then ID ko mesti dalam wallet/purse kan..by the time ko dah keluarkan wallet tu, tak ke dia boleh kebas time tu je..licik tak licik lah kan matsalleh ni...aku cepat2 tarik member yang dah terbagi 0.50 euro tu then cakap "ko jgn caya diorang ni..scam doh" aku dari awal lagi rasa lain macam sebab tengok dari form diorang yg fotostat macam kertas bungkus nasi lemak je dah lain macam aku rasa,..


Atomium aku datang!!!






Since kami buat day trip je so kami kena cepat2 habiskan masa secukupnya kat sini..tapi perut pon kena layankan gak kan..nak dapat all that energy...gua sayang lemak lah...so kena topup all that missing carbs...so kami pon jalan balik ke bandar brussels tu,..selain dari sempat beli coklat, kami sempat makan kat satu restoran yang boleh tahan gak lah sedapnya...


benda yang aku paling look forward is the free samples!!! kenyang makan tu je tapi beli sikit je...yang bagusnya orang kedai ni siap asingkan yang mana ada alcohol yang mana yang tak ada...

jalan2 cari tempat makan...kawasan sekitar aku jalan ni memang gila khinzir lah harga dia..escpecially macaroons dia..hanya mampu tengok je...

this girl is happy to get rice here!! kedai ni dekat area2 lorong yang ternyorok sikit..situ banyak makanan murah

ni namanya mussels fried rice atau nama melayunya nasi goreng lala...nasi dekat brussels ni lain sikit dengan london..kalau dekat london dia punya nasi rasa sama je dengan Malaysia tapi kat situ nasi dia macam panjang and chubby..kenyang!!

Done with Brussels..next trip...Amsterdam!!!

Tuesday, June 9, 2015

Paris : Between Fantasy and Reality


Ok its 1.23a.m right now and I'm totally in the mood of writing a new post about my last year trip..ha nampak kan betapa malasnya kau nak update...bukan apa..last year for me is a very brutal year for me..lots of things happened and it continues until last month..now I finally had the time to get back to my laptop and start typing...dah kurang busy ni rasa ringan beban sikit

Talking about my first euro trip...after sparing half of my working money for the trip I finally managed to organize a trip to three famous euro places..Paris, Brussels and Amsterdam..ok we first start with  Paris... sebab ni memang based yang backpackers punya style so memang nak berjimat gila ni..so plan yang teliti perlu ada untuk memastikan kelangsungan trip ini..baca review kena rajin supaya tak kena tipu masa kat sana...

So from London to Paris we took a bus from Victoria Station London and it was a 10 hour journey..gila tak sakit pinggang kan..tapi nanti the bus will stop at a port where we have to go through lautan rentas ke france and kat atas laut will take about two hours where atas ferry tu boleh lah kalau nak jalan2 sebab seriusly tak rasa langsung macam kat dalam ferry!! rasa macam kat dalam mall beb sebab macam2 ada..restoran, mall, coffee shop bagai...tapi actually kalau tengah jalan kaki tu memang rasa lah goyang2 sikit tu..

this is the only shot yang aku dapat tangkap..ini pon kat area luar ferry where kalau orang nak smoke diorang pergi sini..tapi
aku dapat sekejap jela..dengan angin sejuk bagai memang tak lama lah duduk situ...



So after dua jam kat dalam ferry makanya kami sampai kat border france dan mula untuk cop pasport..diingatkan ketika ini kalau travel through countries by train or bus memang tak banyak songeh sangat sebab kelebihan kita ni yang pasport malaysia ni ada a few countries yang kita boleh cross border europe tanpa perlu visa dan check pasport teliti bagai..try check namanya SCHENGEN AREA...ok ingat ye adik-adik semua..so tiga negara yang aku pergi ni semua dalam list schengen area tu...



We arrived at Paris around 5a.m tak silap...dalam perjalanan, ada kami jumpa dengan sekumpulan lima orang gadis melayu backpackers juga dan aku dengan sikap keramahan mulalah tegur mereka...rupanya mereka ni student medic kat india yang memang pakat nak euro travel selama dua minggu selepas grad...yang aku sempat borak ni nama dia anom...dia ni sebaya aku dan dah berkahwin dan ada anak sorang..respect gila kot dia ni mampu wat adventure macam ni...tapi dia cakap susah gak nak convince'kan husband dia untuk trip ni....so sempat lah bertukar pendapat dengan dia sementara tunggu cara untuk dapatkan transport untuk ke hostel kami...kalau dah pukul 5pagi tu memang satu train pon tak gerak lah ceritanya..so we ended up stranded kat dalam mall cari toilet..tengok toilet lak semua kunci..oh mak ai mati akal aku kat situ..tapi atas budi bicara satu pak guard yang jaga mall ni..akhirnya dia bagi kami guna toilet tu untuk our 'business' setelah selesai subuh, train mula bukak sekitar pukul 7..dekat situ ada pakej yang offer 2 days punya unlimited trip..so kami pon beli yang tu..sorry harga dah lupa..



Tengok sekitar train paris ni atau lebih dikenali sebagai metro, honestly aku tengok kawasan agak kotor dengan bau hancing dan muntah, pastu ada gak locals yang pakai sedap je langkah penghadang tiket mesin tu untuk naik metro free..mungkin pegawai tak check...tapi memang sepanjang dalam train tak pernah lagi orang check just ada je officer check masa dah keluar dari train tu...compare dengan KL punya train..aku lagi bersyukur tengok KL punya train yang agak memuaskan..kalau kat paris punya pintu gerabak siap ada tombol yang kita kena bukak sendiri guna tangan..ha classic kan..


time tengah tunggu first train sampai

nama stesen yang paling dekat dengan mall dan stesen bus

ni antara train yang cantik kami naik,..tapi tak lama lah before kena cari route lain because ada strike ke hape masa tu causing some stations closed that time

muka tak cukup tidur,,,

jalan-jalan kawasan sekitar...





Check in hostel pukul 11 pagi so for the time being kami memang buang masa jela area2 ni cari main attractions area ni..first main attraction kami pergi ialah Musee De Louvre iaitu museum di mana lukisan Mona Lisa di simpan disitu..tapi kami tak lah masuk dalam beratur panjang dengan tiket harga 20 euro tu...jimat punya pasal kan..so amek gambar sekitar jela

epic Fail reaction..biarkan saja budak muka excited ni begini

gambar2 elok macam ni aku post kat instagram lah kan hehe...

kalau ikutkan kita boleh je jalan kaki dari Musee ni ke Eiffel tower..nampak kan? tapi better amek train lah hihi

ni pandangan prisma tu kat dalam

nope this is not the arch tu..just jumpa sekitar kawasan Musee tu



Bayangkan, dah melawat banyak2 tempat tu tapi belum jugak pukul 11 kan?bapak lama terasa masa bergerak kan...kalau time belajar study week tu rasa cepat je masa bergerak sampai tak cukup masa rasa study..time tu mula lah nak nyesal bagai tak study awal2....nak buang masa punya pasal lagi kami masuk lah dalam satu mall lagi yang dekat dengan Louvre ni dan lepak kat McD ni tanpa pesan apa2 dan buat muka tak tahu malu duduk sana...baru tahu kalau backpackers ni kena belajar muka tak tahu malu sikit untuk survive..aku ni lak jenis jaga cun je semua tempat (#muntah hijau) sempat lah aku tidur dengan keadaan duduk tunduk  macam orang sedang berfikir masalah dunia..sempat gak mimpi yang aku kena halau sebab tidur tempat awam..paranoid sangat sampai terbawak dalam mimpi...


Ok bila dah habis check in semua aku masuk lah hostel yang dah siap asing laki perempuan kat situ...tip sikit : better cari dorm yang asing laki perempuan untuk tujuan privasi... kat situ aku satu bilik dengan dua orang korea dan sorang lagi American yang aku sempat jumpa kejap je sebab membe dia ada kat situ..dengan dua orang korea tu baik je diorang je...walaupun ada masalah komunikasi tapi try jugak nak berbual...

Sejam gak aku dapat lelap mata dan juga tukar baju (ye aku tak mandi dari semalam..normal lah kan kalau kat negara iklim sejuk..takyah nak euww sangat) maka perut pon dah berbunyi seperti buat konsert rock..nasiblah kawasan sekitar tu ada kedai arab yang jual kebab2 kat situ...tapi boleh tahan gak harga dia...8 euro untuk hidangan sorang... sedangkan kat london boleh dapat separuh harga kot...time tu ada lah gak sedikit menyesal tak bawak instant food untuk jamah kan....



ni lah dia hidangan yang harga 8 euro satu plate..kalau convert dalam ringgit dalam Rm 40 kot...pengsannn!!


Dah kenyang bagai makanya kami bergerak ke satu tempat yang kalau orang katanya simbol kota chenta lah kan EIFFEL TOWER!!! sampai2 je sana...memang terus kena ikut dengan orang2 black yang jual keychain secara haram tu...like seriously memang rimas kot orang ikut kita paksa2 beli...kang kalau aku nak melawan memang kena belasah lah..gila diorang badan tak nak besar lak dengan tinggi besar sado tu..sikit je lagi aku tengok diorang boleh lenyek aku macam bunuh semut...so cakaplah sopan2 sikit ye seperti orang asia yang kaya budi bahasa....


Tahukah anda yang propose untuk buat Eiffel Tower ni seorang civil engineer yang bernama Gustave Eiffel yang mempunyai idea gila untuk bina sebuah menara yang lagi tinggi dari piramid mesir dengan hanya guna besi je? ye dia memang gila sebab boleh dikatakan semua orang tak suka dengan cadangan dia sebab takut paris tak cantik dengan menara tu,..tapi atas semangat gila dia..akhirnya besi buruk tu lah yang orang dok banggakan dapat jejak kan...so moralnya " jadilah gila untuk berjaya kerana normal itu sangat bosan " contoh : dah grad wajib kerja bawah orang dan juga wajib fikir untuk beli kereta dan rumah..kemudian kalau dah kahwin wajib dapatkan anak dalam tempoh setahun kahwin kalau tak orang akan mula bercakap negatif tentang anda...hoi makcik mainstream,,tak semua orang boleh ikut flow itu..clearly makcik ni belum keluar dari kepompong normal life makcik ni..yelah makcik saya tak hidup sempurna macam makcik, lepas sekolah kahwin dan terus dapat anak dan selang dua tahun dapat anak lagi kan...kemudian sebab  makcik hidup terlalu perfect so makcik mulalah nak cari orang yang tak berapa perfect ni untuk dibualkan...jealous betul lah saya tengok life makcik ni..sebab hidup tak de masalah...nak jugak amek aura2 perfect ni dari makcik (ok aku membebel lebih kat sini..sila skip dan baca caption gambar je kalau tak minat baca)



ok ni baru jumpa the real Arc De Triomph tu (harapnya aku eja betul lah)


yess kami di celah kangkang eiffel tower ini...dekat sini kita boleh beli tiket untuk naik atas tower tu dan juga kalau nak naik tangga ke first floor tu pon boleh rasanaya

gambar yang aku post dekat facebook dengan caption ' made it to besi buruk kota chenta paris' yang berjaya meraih kedua terbanyak  likes di facebook ketika itu (the first one of course masa pic konvo) because having many likes is such a big deal back than 

masa ni dah senja so lampu mula lah bukak dan juga berkelip setiap satu jam..ingat lagi masa first time berkelip semua orang macam  " WAH!!" termasuk lah aku yang jakun ni...kalau locals mesti jemu dah tengok...macam kita tengok KL tower yang kadang berkelip tu lah kan (says the girl whose kampung dekat dengan KLCC..like seriously tak bohong)


time ni bangun sebab dah tak tahan dengan orang yang offer rose dengan wine..gila apa tak nampak aku ni hijabista..oh lupa dia bukan ada subjek pendidikan islam




So malamnya aku balik dan akulah orang paling lambat sampai bilik kerana ketika itu  semua roommate aku dah tidur..maka kesempatan itu aku ambil dengan mandi sebelum tidur bagi hilangkan bau2 hancing kawasan sekitar... (ye puas hati aku dah mandi kan sekarang) heh emo tak memasal

Pagi esoknya kami turunlah ke basement hostel untuk free breakfast disediakan..tengok breakfast orang putih ni memang ringan jelah tak macam kita yang berat macam  nasi lemak kan..diorang ni makan cereal dan roti je..tapi yang aku excited sebab akhirnya dapat makan croissant dari negara asal ciptaan croissant..happy lain macam...dia macam klo kita nak nasi lemak tapi makan kat new zealand..tak feel kan..lagi sedap makan kat negara yang cipta kan..macam tu lah aku rasa... then since aku tengok kat kaunter tu ada je lagi lebihan roti yang tak berusik...aku mula lah nak bungkus ikat tepi roti2 semua tu...aku suh lah member aku ni amek sekali tapi dia malu..so aku dengan muka tak malunya amek jela 3 empat keping croissant bungkus dalam tisu dan cepat2 letak dalam beg like I dont care at all lah kan...member aku time tu rasanya macam tak nak mengaku member bila nampak aku wat macam tu tapi peduli apa kan...the fact is...I grew up doing like this from my mom bila mana masa kecik2 selalu ikut ayah pergi kursus kat hotel and we could tag along so kan hotel selalu bagi free breakfast kan untuk dua orang so selalunya mama mesti akan pergi bersama salah satu anak yang bertuah dipilih ketika itu..kalau aku bertuah time tu aku akan pergi dan bila dah habis makan, mama akan mula amek tisu dan bungkus roti2 dan ban dekat situ untuk bawa balik naik bilik untuk anak2 lain makan..nampak tak kasih sayang mak kat anak tu...ha macam tu lah kasih sayang aku nak bagi kat diri aku kan dan juga the fact yang haruslah berjimat ketika travel,,,

ni lah roti yang aku bedal bungkus sampai 4 keping tu muahahahahah (evil laugh)

comel je basement hostel ni

dan inilah hostel yang kami bermalam satu malam disini...recommended!! jalan kaki pergi train dalam 5 minit je...makanan pon ok...just kalau pergi dengan group of 5 or more people better amek homestay yang boleh masak sebab lagi jimat dari makan luar



So destinasi kami pada hari kedua di Paris ialah Notre Dam... ia adalah sebuah cathedral lama yang menjadi kebanggaan orang perancis..dan kawasan sekitar juga banyak tempat untuk beli souvenir yang boleh tahan murah..dapatlah gak aku beli satu fridge magnet..itu pon aku berkira gila nak beli...kedekut lah katakan...tapi kenangan punya pasal...

inilah dia Notre Dam..kenangan yang aku ingat pasal tempat ni pon cerita cartoon namanya Hunchback of Notre Dam itu pon bukanlah big fan cartoon tu sebab that time aku team 'the little mermaid' dan "cinderella" yang ajar bahawa jangan cinta lama2..kalau jumpa terus kahwin je senang elak maksiat

sekitar

ok korang tau tak ni kat mana?tak tahu baca logo tu ketiak hitam

ok bagi chance lah ye sekali lagi nak pergi sini tapi this time view bukan atas padang dah...

ini view dari stesen lain kami turun

ok last bagi aku muka excited sebelum bergerak ke Brussels

Ok nak tanya sikit ...apa kaitan post aku yang bab fantasi dan realiti dan perjalanan aku ni?sila jawab dalam hati ye sebab aku tahu korang ni banyak silent readers je (based on statistik readers dlm blog ni) ok aku jawab soalan sendiri ni...actually apa aku nak bagitahu ni ialah we cannot expect rainbows and butterflies and fireworks in life...sometimes what you see is not what you get...macam contoh kes eiffel tower...selalu tengok orang2 kaya dan sekutunya pergi macam paling gah lah kan..hakikatnya tempat itu sangatlah pack dan penuh dengan orang yang jual2 paksa tu kan..belum mention pasal metro dia lagi kan...itu jugak lah yang aku nak kaitkan dalam hidup...macam juga target hidup..kalau kita target untuk bina sebuah syarikat, mustahil senang je flow dia...tau2 je dah kaya..jangan nak membongak je...kalau betul lah begitu senang patutlah ramai orang kita masuk MLM yang katanya 'tak perlu modal, tak perlu cari orang" tu...you know what..thats total BS!! you want to succeed, work hard for it...terima je segala baik buruk dalam perjalanan tu...



Aku rasa dalam banyak2 post perjalanan aku aku rasa ini lah yang paling straightforward tak fikir apa dah aku tulis from the heart ni...selamat membaca dan till next post!!









Monday, June 8, 2015

Aiman's Diploma Convocation



Aiman's convo was just one month after mine..and kakak has just got back from london for good and has less than a month to return to her old school job...so again mama could not come to aiman's convo because she is still in Mecca, hence its just me, kakak, and sanol..

Aiman ni satu je persamaan dia dengan aku..sama-sama geng extend!!! hahahaha.....so dia pon two years ahead dengan kawan-kawan yang dah dapat transfer kredit ke degree tapi aman chooses to change course from chemical engineering to network engineering...so dia memang tak ada pilihan memang kena start dari tahun satu..so classmates dia memang umur 19 lah...tapi atas dasar minat dia punya pencapaian setakat ni alhamdulillah lebih baik dari time diploma dulu...

Cakap pasal cerita konvo 2014 yang aku dah lama tak update ni kan...so aman konvo ahad...sabtu tu aku naik bus dari KL ke kuantan dan malamnya itu kami ke teluk chempedak makan chicken chop lima hengget yang orang sanggup beratur tu...sekadar nak rasa katakan..

so ni lah chicken chop yang kena beratur panjang gilaa ni..
So ini lah yang berlaku pada keesokan harinya...nak dijadikan cerita yang sama...malam tu aman tidur lambat..aku dah banyak kali cakap yang suruh dia tidur awal nanti terlajak..degil padan muka...aku bangun pon pukul 7.45pagi walhal pukul 8.00a.m tu dah kena ada kat dalam dewan...aku bangunkan aman je..perkataan pertama yang keluar dari mulut dia bila tahu dia lambat " SHIT!!" 
kalut gila dia bangun siap2...so kitorang yang tak masuk dewan sangat ni datang kemudian dengan sanol...





ma brotha dah selamat konvo!!!

pastu kami sempat makan dengan ayah..aman lah kot paling untung sebab dapat shot dari seat lecturer kat pentas..untunglah kau aman....

ayah ni jarang2 kalau amek gambar dia join...ha time tengah happy ni lah boleh ajak amek pic

a moment to remember....




Life After Graduation (Hardships and Joys) Part One



Ok I just had to skip the Europe travel pics for this post sebab rasa macam dah lama gila tak post kan..so banyak je perkara yang berlaku kat hidup ni...kebanyakan ada je event- event yang aku post kat instagram tapi tak lah semua..ikut pada mood gak sebenarnya...

Oh ok mukadimah panjang selesai makanya nak bagitahu yang akhirnya aku dah grad setelah empat tahun setengah fight for this crucial brutal engineering course ni..weh ingat senang ke nak skor?macam gila kot lebih-lebih lagi orang yang slow learner macam aku ni..effort kena lebih sikit...well anyway, after going through so much hardships throughout these four years..I finally graduate..yeay!!

Well actually I already finished my degree in January 2014 but I have to wait until September for my convocation ceremony since UTEM only held Convocation once a year...So in the mean time...I went to London for 3 months..haa gila lama kan...ikutkan hati memang tak nak dah balik tu sebab dah bahagia duduk sana...aku sampai dpt interview lah untuk position Research Asisstant..tapi xde rezeki untuk dapat..

So makanya aku pulang dengan selamat di Malaysia pada 3 May 2014  jam 10 malam waktu London..That time I was having a moment where I was unable to find a job in one month time..I thought it was easy since my family and friends have many contacts from people in the engineering industri..but in the end that does not secure you a job...I was quite frustrated..bukan takat frust..takat meroyan gila kot sampai aku tulis status yang paling sadis kat FB kot..(tapi dah delete lols) well biasalah tengah down kan..tambah pulak dengan condition family yang memang memerlukan aku untuk bekerja...kakak masih belum habis belajar lagi..so duit MARA yang dia ada pon cukup2 untuk diri dia dan adik aku yang lagi dua orang yang masih lagi belajar..so the pressure is on me...ada gak tengok membe2 yang setahun tak bekerja tapi mewah betul nampak hidup dia...oh how I wish I could live a life like that..tapi rezeki semua berbeza-beza kan...



Alhamdulillah aku ada simpanan 500 pound (about RM 2500+) yang berbaki masa aku kerja part time dulu kat london so duit tu aku guna sebaik mungkin untuk survive..tapi empat bulan lamanya aku bersabar,..job street tu hari-hari aku bukak untuk apply jobs sampai dapat emel warning dari Jobstreet yang aku dah apply jobs lebih dari limit haha...

Banyak ujian yang Allah bagi kat aku...hidup ni kan macam roda, adakalanya kita kat atas dan adakalanya kat bawah..Allah dah bagi aku rasa bahagia dan gembira masa dekat London, bagi aku temui cinta juga kat sana...tapi Allah juga boleh tarik balik semua tu kan...sebab itu semua hak dia kan...ketika aku sedang berada dalam keadaan down sebab tak dapat kerja lagi, si kekasih pula tinggalkan aku...walhal kami sudah merancang untuk bertunang seminggu selepas raya...dia punya down jangan cakap lah macam mana..kita belum recover lagi dari masalah tapi satu lagi dugaan datang kat kita...


Semua peristiwa pasti ada hikmah kan...tak lama lepas tu (after empat bulan lamanya penyiksaan) aku dapat kerja kat satu company civil engineering kat KL...sangatlah bernasib baik sebab kebetulan company tu classmate aku punya abang punya kawan punya company yang baru nak bukak so dia memang nak cari engineer baru...So I was the first engineer hired  after going through 2 stage of interviews (agak ramai juga yang datang interview hari tu) tapi masa second stage interview tu lagi lawak...bos company interview kat kedai makan bawah office je...sempoi gila kan..alhamdulillah I got the job and able to start immediately..so dapatlah merasa jadi engineer tu kan...

macam ni lah gak keje aku..ulang alik pergi tengok site..site pulak tak nak jauh...jengka, kuantan, johor...tapi memang aku ambil ni as satu experience..one girl out of 10 guys punya job..gila tak hebat ke I ni LOL


Aku start keje  25 Ogos 2014, then tarikh konvo aku 27 September...tapi since aku dalam tarikh probation (percubaan selama 3 bulan) so cuti aku yang di mohon itu kena tolak gaji...nak tak nak akur jelah kan... so memang kami pakat2 lima hari sebelum konvo tu nak meet up kawan2 kelas untuk amek jubah bagai dan hang out to catch up with them....tak ramai masa tu,,,dalam 6-7 orang tak silap..sebab kami kan golongan 'special' lols...but we had a great time.

from left : mat, zulhakim, (tak ingat nama sebab bukan classmate hehe), zuhair (our most 'abang' in class), judin and me

So, on friday, instead of taking another full day off I decided to take a Half day only..sayang cuti beb...so I missed my rehearsal...I packed up my stuffs, went to bangi for a while to pick up a suitable baju kurung for my graduation, thank you kak mira bagi pinjam baju kurung satu hehe....then went straight off to malacca with my sister Nina. My mom back then was at Mecca to perform Hajj. So unfortunately I have to do all of these things on my own..first time konvo dah rasa macam adult sungguh ni handling things...

Reached malacca around 9p.m after picking up Nina from matriculation and stayed at Tasya's place (yeap tasya is now working as a lecturer at UITM jasin). My brother Aiman and his bestFriend Sanol reached there a few hours after by bus from kuantan...

We were supposed to be at the hall by 7.30a.m..BUT!! tau lah bila semua jadi lembab dan last2 aku dengan pakai selekeh gila tak sempat nak kemas2 baju konvo yg pasang collar leceh tu alhamdulillah masuk jugak lah dewan tu..itupon lagi 3 minit nak tutup pintu terus...berlari aku beb dari kereta nak masuk dewan tu...gila lah...pung pang pung pang selamatlah aku konvo dengan berjalan agak laju dari tangga ke scroll...benda lain yg lagi tah pape ade je nak cerita..tapi melalut sangat untuk diceritakan...

ni lah ye my bro and the friend


ha besar kan dewan utem ni...tempat ni lah kalau nak amek exam or apa-apa event selalu wat kat sini je

muka baru bersurai dari dewan



dan seterusnya post ini akan dipanjangkan lagi oleh gambar2 sekitar....



ini yasmin...satu group masa pergi jepun back in 2007..masa ni dia punya boyfriend sama konvo dengan aku...

ini poce atau nama betul asrul..aku jumpa dia masa aku 1st year degree dan dia masa tu second year..sama-sama dapat grad tahun yang sama...kalau aku tak extend aku dah grad dulu dari dia..

behind the scenes of a photog...
with diyana..kawan gaduh, suka dan banyak ups and downs masa aku dengan dia sepanjang perjalanan degree ni...

dengan zuhair...dia selaku orang yang paling tua dekat kelas dan juga salah satu 'bloodline' katanya sebab kami pernah sama-sama tinggal dekat u.k masa kecik..tapi dialah yang paling boleh nak motivasi kata-katanya....we made it bro!!

with am momoe... housemate masa tahun 1 dan 2...orang yang bukan asal kuantan tapi tinggal di kuantan..sama kes hehe

Alhamdulillah, ni lah orang-orang yang datang masa majlis konvo aku,,despite kakak, mama dan ayah tak dapat pergi...Allah kirimkan juga mereka untuk meraikan hari saya...

tasya my BFF!!! right after dia habis kursus kat jasin dia terus ke sini untuk melawat dua orang penting kat sini....sapa sorang lagi?haa jap lagi aku upload

ok time ni aku nak berganbar dengan echal topi aku asek terjatuh je..tak pin jadi macam ni lah...nasib masa kat atas pentas tak jatuh,..kalau jatuh malulah mak oiii...
ok ni jadi tapi pandang kamera phone..yg original dari phone tak jumpa


menahan terik mentari...orang tak tahu yg aku ni dah mengalir peluh bagai air terjun ni lols

haaa ni lah dia lelaki pujaan hati tasya tu hoiiii....kitorang panggil dia banjir..nama betul hafiz..insyaAllah jika tiada aral melintang mereka bakal diijabkabulkan tahun 2016...


tudiaaaa baling-baling topi lagiiii


acah2 lak dua orang ni...aiman dah fefeeling konvo diploma lak nanti...




Ok part one of this post dah habis...sebenarnya after konvo berpanasan ni kitorang ada je jalan-jalan kat area melaka jonker walk...tapi tengok lah kerajinan nak post atau tidak...

Till next post......