Monday, November 7, 2011

Cerita Aidil Adha

Bila buka facebook dan tengok agak ramai kawan2 ku yang post gambar sambutan hari raya aidiladha mereke.  Emangnya seperti sambutan raya aidilfitri. Aku rasa da lama da tak sambut raya haji semeriah raya puasa. Aktiviti yang biasa kita wat ialah balik kampung then solat raya then pastu tukar baju untuk preparation wat korban. Beraya dari rumah ke rumah rasa macam xpernah kot. Tapi menerima kunjungan itu ada. Kalau tidak beraya dikampung kami berlima raya kt rumah di kuantan. Itu pon sama je. Solat kemudian tolong2 orang kt surau. jadi sebenarnya aku tak pernah rasa  raya aidiladha seperti yang tertera kat  gambar kawan2 ku.

Kami balik kampung juga untuk satu malam. Memandangkan ruang freezer di kampung agak terhad maka saya dan kakak saya diamanahkan untuk balik  awal untuk mengelakkan daging berbau busuk. Sampai sahaja dirumah aku menjenguk my hamster yuki dan my aunt's cat lalu memberi mereka makan kemudian terus menyusun daging2 yang sebegitu banyak dalam freezer. Sesudah itu saya cakap kat kakak saya bahawasanya saya lapar maka saya mengajaknya mencari makan. Tetapi kakak saya pula malas nak teman saya dan mengatakan dia tidak lapar. Maka saya pon mengambil kunci kereta dan keluar mencari makan. Baru pukul 8.30 malam ketika itu tetapi banyak kedai yang tutup sebab hari cuti. Apa yang saya nampak hanya 7-eleven maka saya matikan enjin disitu dan membeli jajan sekadar alas perut. Tipu lah jika aku katakan aku tak makan kat  kampung. Sebelum bertolak makan nasi berlaukkan limpa dan paru kerbau. Memandangkan aku tidak berapa gemar organ maka aku makan dengan kuantiti yang sedikit.
korban kerbau di rembau


Jadi hari ini hari isnin. Aku masih berada di bangi dan tidak tahu nak buat apa. memandangkan duit simpanan agak terhad maka  saya tidak keluar kemana-mana. Dengan ini saya  harus mengulangkaji pelajaran memandangkan naik cuti ini saya dihujani banyak test. Maka saya terpaksa berundur diri. Jika saya rajin saya akan update blog ini.

Nampaknya post saya dalam bahasa melayu membuatkan saya bercakap dalam bahasa baku. Saya rasa itu bagus kot..err maybe.. kan saya try elak dari tulis bahasa sms.

sekian dari saya :)

oh ye..if ada sapa2 yang try contact saya tapi xdapat minta maaf sangat eh.. atas sebab tertentu no phon esaya terpaksa di'terminate' buat masa sekarang.. bukan sengaja tetapi keadaan tidak disangka..kalau ada apa2 emergency boleh la private msg saya kat fb..

No comments: