Air Asia X has just launched their first flight to Sapporo this August..that time tickets were sold at Rm 299 return!! gila murah kan..tapi aku time tu beli tiket pon dalam 3 minggu before fly sebab got tied up between going to Lombok or Japan..
After discussing with the family, akhirnya decide untuk beli tiket ke hokkaido walaupun tahu aku buat kerja gila pergi bercuti sorang-sorang..tapi my brother dan my mom cakap jepun jauh lagi selamat dari lombok, so ikut jelah kan..walaupun tahu ia lebih mahal bajet dari lombok..
Luckily my bro had a friend of a friend who lives in hokkaido. So tu lagi added advantage sebab accomodation dah free..then aku terus video call kawan tu iaitu Alis yang kini sedang mengambil masters di Muroran Institute of Technology. Muroran dari Sapporo mengambil masa dua jam jika naik kereta dan sejam setengah jika naik bus...
Setelah membuat segala macam calculation, akhirnya aku tengok yang kalau pergi solo ni sangatlah mahal, mau dalam 3k gak cecah ni..aku dah mula buntu ni..tak lah buntu sgt..gedik je lebih haha..maka mulalh aku mencari geng di group facebook "Backpackers Buddies Malaysia" dan bertanya jika ada sesiapa yang pergi pada tarikh yang aku pergi itu. Luckily I managed to find two girls yang pergi pada tarikh 14-20 november dan aku pula 15-22 nov. Makanya kami ada dalam 4 hari yang boleh managed untuk trip sama.
Dengan cerianya aku terus pm kat salah seorang iaitu aina yang kebetulan tinggal kat serdang. Disitu kami pakat nak jumpa dan study trip kami. seriously memang agak pening nak plan route sebab bajet pon agak limited dan banyak tempat yang menarik kat hokkaido ni..rasa macam semua nak pergi haha..dan aku ada gak bincang dengan alis untuk plan route macam mana. In the end, route dan bajet kami macam ni :
|
awal-awal memang macam ni lah perancangan kami..tapi bila kat sana, kami ada tukar sikit route due to masalah yang tak dapat dielakkan |
Oh lupa nak cakap, kami semua pakat nak drive kereta kat hokkaido since driving lebih murah berbanding baik bus setelah buat calculation. Dan untuk drive di hokkaido anda memerlukan international license yang perlu dibuat di JPJ dengan bayaran Rm 150 yang sah selama setahun. Kalau negara lain seperti UK dan negara eropah lain, kebiasaanya hanya memerlukan lesen malaysia biasa sahaja pon sudah memadai. Tapi jepun ni strict sikit..
|
ini rupa international licennse kita..macam buku report card je aku tgk heh |
|
dan ini lah bekalan makanan kita sepanjang berada di sana.. advisable jika kita beli kat kilang kat bangi sebab jauh lebih murah..instant food yang paling sedap aku rasa hohoho..cepat sedap dan murah lagi sedap dari maggie cup. |
Dan bermulanya lah adlin's journey to japan..Ikutkan plan, sepatutnya kami satu family dari kuantan gerak ke KL on that weekend. Tapi insiden tanah runtuh di highway karak menyebabkan hanya aku dan adik aku perlu balik KL. Makanya terpaksalah beli tiket last minit ke KL. Dah lah tak ada air asia dekat kuantan ni, bila naik MAS mak aih terasa mahal ya amat....
|
keadaan airport kuantan pada pukul 8 pagi. Ramai gila kot sebab semua kes tergendala nak balik KL lah ni dan ada flight delay makanya ramai mereput dekat airport..kami pon lebih kurang gak sebab kena tunggu dalam dua jam lah gak dalam kapal sebab hujan lebat..nasiblah boleh tengok movie hihi.. |
|
setelah touch down kat KLIA, makanya adik aku si nina ni perlu balik ke UM ..since flight aku pukul 11 malam aku sengaja lewatkan nina ni biar dia balik lambat sikit haha..tapi last2 dia nak gak balik awal sebab malam dia ada meeting kelab bagai..so this is her getting on a train to bandar tasik selatan while I was waiting for my train to klia2 |
|
and this is me minutes before melangkah masuk gate perlepasan tu..muka tak nak excited pulak, padahal dalam hati cuak kot sebab agak takut dengan flight |
|
I requested meal 2 hours before landing ..macam ni pon dah harga Rm 15 hmm..bagi aku rasa tak berapa sedap..telan sebab lapar je.. |
Dalam kapal tu serius aku tak boleh nak tidur langsung!! sempit dan sengal sana sini..tapi kau dah naik low cost airlines jangan nak complain sangat kan... nasib baik aunty sebelah aku ni baik boleh bawak borak dengan dia.. masa tu ada gak sembang itinery dia..most places dia pergi tu aku pergi tapi bajet dia dalam 5k sebab semua naik public transport. Bila aku cakap yg bajet kami all in dalam 2k, terkejut aunty tu.. ha kami kan travel smart lols..
|
view sunrise dari sudut pandang aunty tu.. |
After 8 hours on the plane, alhamdulillah sampai juga kat tanah hokkaido yang telah diimpikan nak pergi sejak tahun 2007 lagi...apahal of all places, hokkaido? some people tak tahu pon kat mana tu...sebab masa aku tinggal dengan foster family dekat miyazaki back in 2007, my otosan (ayah) cakap yang dia dulu belajar kat sapporo..dan dia cakap sangat cantik dan banyak salji..aku ni yang memang suka salji dari dulu memang teruja lah nak pergi ..mainly because I like the cold heee
|
maka terimalah muka pucat lesu tak cukup tidur tapi lawan sebab excited...touch down at hokkaido!!
|