Monday, December 7, 2015

My Hokkaido Journey Part Two : New Chitose Airport - Asahikawa

 Since aina dan izzati (the ones yang saya jumpa kat group) dah sampai sapporo a day earlier, so kami pakat nak jumpa kat airport dan pickup kereta sewa kami kat airport. Pada awalnya serius aku agak cuak sebab tak dapat nak contact either one of them sama ada diorang dah sampai atau belum..mulalah aku fikir negative macam diorang overslept lah bagai tinggalkan akulah bagai hahaha negative gila kan teruk betul adlin ni..setelah tunggu lebih kurang sejam setengah dengan bantuan wifi free airport, maka dapatlah jumpa dengan aina..rupanya diorang lambat sebab sesat naik train.. tapi perasaan lega teramat tu memang perghh..haha.. ok fine aku mengaku aku cepat gelabah..

Selepas selesai pick up kereta, maka kami pon menuju ke asahikawa. Oh lupa nak mention, sepanjang trip kami ni sikit pon tak beli portable wifi dan sim card. Semua depends pada free wifi dan juga gps code yang kami letak kat kereta.. pada mulanya memang nak beli sim card kat airport, tapi bila all payments via credit card  terus tak jadi..kami semua tak de credit card weh...

Perjalanan dari airport ke asahiyama zoo mengambil masa dalam 2 jam 30 minit. Ketika itu aina yang drive sepanjang perjalanan. Aku lak memang duduk kat belakang membuta hehe..

yeah sampai di Asahiyama Zoo. disebab kan malam agak cepat time winter ni maka zoo ni pukul 3 dah tutup dan kami lak sampai pukul 2. ada sejam nak explore zoo ni..dan kami nak tengok haiwan yang tak ada kat malaysia je e.g penguin, polar bear..

kami!!! meet aina (kiri) dan izzati (tengah)

yeay dapat tengok polar bear!!! aku punya noob tu aku ingat nak tengok polar bear ni boleh kat antartica je haha..tiket murah je,,820 yen (sekitar rm30 or less)per entry dan tengok lah apa2 binatang sampai lebam.. kat malaysia masuk je dah rm 32, nak tengok panda  rm50 pehal..oh lupa,,this is malaysia...


selfie dengan kuda ni sebab umur kuda ni sebaya aku hihi..

hi Mr Penguin!! suka sangat tengok  bila zoo ni dia punya jarak dengan pelawat dekat je..kalau tengok pic ni..bila2 je aku  nak julur tangan dan pegang penguin ni..tapi sebab bau busuk punya pasal maka terbatal hasrat..yang kuning2 kat batu tu bukan tanah ye..tapi sisa buangan mereka..

ha ni pandangan dari jauh..

kat sini sangat nice sebab kita boleh tengok baby penguin swimming keliling laluan ni..kalau perhati betul2 nampak lah sekor dua kat situ..
jumpa tempat cantik haruslah snap..nama pon jakun

begitu juga view begini...suka tengok kampung2 macam ni..
Kemudian kami  pergi ke hotel tempat kami akan menginap yang tidak jauh dari zoo iaitu dalam 10km sahaja dan check in kat sana. Kami book through booking.com dimana masa book hotel tu kita boleh bayar time dah sampai dan tak perlu bagi upfront masa booking online. Hotel yang kami pilih ialah Toyo Hotel. Dan nak murah punya pasal, kami book smoking room..masa masuk tu memang kuat betul lah bau rokok..tapi lepas spray banyak2 air freshener..ok lah sikit...sekali lagi aku nyatakan.. kami travel bukan keselesaan yang dicari..tapi pengalaman yang dinanti.

Malamnya( baru pukul 4 tapi gelap macam pukul 8) lepas kami makan brahims dan bersihkan rehatkan diri bagai, kami jalan2 lah sekeliling bandar asahikawa. Jusco pon tak berapa jauh dari hotel. tujuan utama nak cari sim card je..tapi sebab cakap macam ayam itik, maka sekali lagi tak dapat jumpa sim card..

saja nak try freshly blended juices kat aeon ni..I bought avocado milk..not bad lah rasa


dan sekali lagi acah2 gambar hipster yang tak berapa nak menjadi hihi

My Hokkaido Journey Part One : Kuantan - KLIA - New Chitose

Air Asia X has just launched their first flight to Sapporo this August..that time tickets were sold at Rm 299 return!! gila murah kan..tapi aku time tu beli tiket pon dalam 3 minggu before fly sebab got tied up between going to Lombok or Japan..

After discussing with the family, akhirnya decide untuk beli tiket ke hokkaido walaupun tahu aku buat kerja gila pergi bercuti sorang-sorang..tapi my brother dan my mom cakap jepun jauh lagi selamat dari lombok, so ikut jelah kan..walaupun tahu ia lebih mahal bajet dari lombok..

Luckily my bro had a friend of a friend who lives in hokkaido. So tu lagi added advantage sebab accomodation dah free..then aku terus video call kawan tu iaitu Alis yang kini sedang mengambil masters di Muroran Institute of Technology. Muroran dari Sapporo mengambil masa dua jam jika naik kereta dan sejam setengah jika naik bus...

Setelah membuat segala macam calculation, akhirnya aku tengok yang kalau pergi solo ni sangatlah mahal, mau dalam 3k gak cecah ni..aku dah mula buntu ni..tak lah buntu sgt..gedik je lebih haha..maka mulalh aku mencari geng di group facebook  "Backpackers Buddies Malaysia" dan bertanya jika ada sesiapa yang pergi pada tarikh yang aku pergi itu. Luckily I managed to find two girls yang pergi pada tarikh 14-20 november dan aku pula 15-22 nov. Makanya kami ada dalam 4 hari yang boleh managed untuk trip sama.

Dengan cerianya aku terus pm kat salah seorang iaitu aina yang kebetulan tinggal kat serdang. Disitu kami pakat nak jumpa dan study trip kami. seriously memang agak pening nak plan route sebab bajet pon agak limited dan banyak tempat yang menarik kat hokkaido ni..rasa macam semua nak pergi haha..dan aku ada gak bincang dengan alis untuk plan route macam mana. In the end, route dan bajet kami macam ni :

awal-awal  memang macam ni lah perancangan kami..tapi bila kat sana, kami ada tukar sikit route due to masalah yang tak dapat dielakkan

Oh lupa nak cakap, kami semua pakat nak drive kereta kat hokkaido since driving lebih murah berbanding baik bus setelah buat calculation. Dan untuk drive di hokkaido anda memerlukan international license yang perlu dibuat di JPJ dengan bayaran Rm 150 yang sah selama setahun. Kalau negara lain seperti UK dan negara eropah lain, kebiasaanya hanya memerlukan lesen malaysia biasa sahaja pon sudah memadai. Tapi jepun ni strict sikit..

ini rupa international licennse kita..macam buku report card je aku tgk heh
dan ini lah bekalan makanan kita sepanjang berada di sana.. advisable jika kita beli kat kilang kat bangi sebab jauh lebih murah..instant food yang paling sedap aku rasa hohoho..cepat sedap dan murah lagi sedap dari maggie cup.

Dan bermulanya lah adlin's journey to japan..Ikutkan plan, sepatutnya kami satu family dari kuantan gerak ke KL on that weekend. Tapi insiden tanah runtuh di highway karak menyebabkan hanya aku dan adik aku perlu balik KL. Makanya terpaksalah beli tiket last minit ke KL. Dah lah tak ada air asia dekat kuantan ni, bila naik  MAS mak aih terasa mahal ya amat....

keadaan airport kuantan pada pukul 8 pagi. Ramai gila kot sebab semua kes tergendala nak balik KL lah ni dan ada flight delay makanya ramai mereput dekat airport..kami pon lebih kurang gak sebab kena tunggu dalam dua jam lah gak dalam kapal sebab hujan lebat..nasiblah boleh tengok movie hihi..

setelah touch down kat KLIA, makanya adik aku si nina ni perlu balik ke UM ..since flight aku pukul  11 malam aku sengaja lewatkan nina ni biar dia balik lambat sikit haha..tapi last2 dia nak gak balik awal sebab malam dia ada meeting kelab bagai..so this is her getting on a train to bandar tasik selatan while I was waiting for my train to klia2

and this is me minutes before melangkah masuk gate perlepasan tu..muka tak nak excited pulak, padahal dalam hati cuak kot sebab agak takut dengan flight

I requested meal  2 hours before landing ..macam ni pon dah harga Rm 15 hmm..bagi aku rasa tak berapa sedap..telan sebab lapar je..



Dalam kapal tu serius aku tak boleh nak tidur langsung!! sempit dan sengal sana sini..tapi kau dah naik low cost airlines jangan nak complain sangat kan... nasib baik aunty sebelah aku ni baik boleh bawak borak dengan dia.. masa tu ada gak sembang itinery dia..most places dia pergi tu aku pergi tapi bajet dia dalam 5k sebab semua naik public transport. Bila aku cakap yg bajet kami all in dalam 2k, terkejut aunty tu.. ha kami kan travel smart lols..
view sunrise dari  sudut pandang aunty tu..



After 8 hours on the plane, alhamdulillah sampai juga kat tanah hokkaido yang telah diimpikan nak pergi sejak tahun 2007 lagi...apahal of all places, hokkaido? some people tak tahu pon kat mana tu...sebab masa aku tinggal dengan foster family dekat miyazaki back in 2007, my otosan (ayah) cakap yang dia dulu belajar kat sapporo..dan dia cakap sangat cantik dan banyak salji..aku ni yang memang suka salji dari dulu memang teruja lah nak pergi ..mainly because I like the cold heee

maka terimalah muka pucat lesu tak cukup tidur tapi lawan sebab excited...touch down at hokkaido!!